Make up Santai Bersama Cik Jue Beauty
17 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 16 Oktober, Pusat Internet Batu Gajah telah mengadakan kelas kecantikan bersama perunding kecantikan Batu gajah iaitu Cik Juliatie Bt Zawawi. Kelas ini bermula pada jam, 11.00 pagi sehingga jam 1 tengahari yang melibatkan seramai 4 orang peserta. Pihak Pusat Internet telah mengikuti garis panduan Standard Operating Procedure (SOP)yang telah ditetapkan seperti menjaga jarak sosial, memakai pelitup muka, dan menggunakan hand sanitizer. Kelas ini bertujuan untuk memberi panduan dan pendedahan kepada golongan wanita dalam aspek menjaga kecantikan diri. Kelas ini bukan sahaja melibatkan taklimat kecantikan, tetapi peserta juga diberi peluang untuk menggunakan produk kecantikan Mary Kay dengan tunjuk ajar dari perunding kecantikan jemputan.
Hal ini demikian kerana, terdapat segelintir wanita yang kurang arif dengan cara untuk menggunakan produk dengan betul dan tersilap dalam memilih produk kecantikan yang bersesuaian dengan jenis kulit mereka. Oleh yang demikian, pihak Pi telah mengambil inisiatif untuk mebantu mereka dengan cara menjemput perunding kecantikan bagi memberi panduan menggunakan produk kecantikan dengan cara yang betul . Diharapkan agar program ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat bagi membantu mereka untuk menjaga kesihatan kecantikan wajah masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: